SyAHiRaH NaDiaH TaLiB

SyAHiRaH NaDiaH TaLiB
SyAHiRaH NaDiaH TaLiB

Sunday, November 21, 2010

KoMiK..!!!!!!!!!!!


Kali ini aku nak cite pasal komik yg aku suka bace....semua komik hasil karya zint aku suka baca...mulanya aku ingat komik ini boring.....selepas aku bace komik karya zint yg telah membuatkan aku suka bace komik...semua komik zint memang best dan so funny....memang tak rugi kalau bace komik karya zint...antara komik karya zint yg aku dah bace.....




AX, Tim dan Jimi merupakan pelajar sekolah rendah yang amat berbeza. Mereka sering berbalah namun mereka juga sering bersama. Kenakalan mengundang kemarahan, namun permusuhan mengikat persahabatan. Yang pasti, kanak-kanak tidak sesuci yang disangka namun zaman kecil mungkin lebih indah dari yang diperkata...






Mengisahkan tentang Aken dan Siv, dua orang pelajar sek menengah yg b'kelakuan samseng sering mencetuskan pergaduhan di sekolah. Melihatkan kehebatan mereka berdua, A.D, seorang ketua kelab kaunseling meminta mereka berdua menyertai kelabnya. A.D ialah seorang yang baik hati dan suka menolong orang, jadi dia sikit pun tidak menyerah kalah untuk merayu kepada dua orang samseng itu untuk menolongnya untuk membantu pelajar2 yang menghadapi masalah. Usaha A.D untuk memujuk mereka berdua ternyata gagal namun A.D masih tidak berputus asa. Aken dan Siv masih tidak mempedulikan dia. Suatu hari, Aken mengetahui bahawa A.D ialah abang kepada Caley, iaitu seorang gadis yang disukainya. Aken beranggapan bahawa dia boleh mendekati gadis idamannya jika dia menyertai A.D dan ini membuatkan dia bersetuju untuk menyertai kelab kaunseling. Siv juga akhirnya menyertai kelab kaunseling apabila dia mengetahui bahawa A.D sebenarnya ialah orang kaya (bapanya ialah seorang ahli perniagaan) dan pada pendapat Siv, dia boleh meminta A.D membelikannya PSP sebagai ganjaran untuk menyertai kelab tersebut. Seorang demi seorang ahli baru yang menyertai kelab kaunseling dan begitu juga pelajar-pelajar yang bermasalah dibantu. Aken dan Siv sedikit demi sedikit memahami erti kehidupan, sekaligus tidak lagi berlawan dengan kebolehan mereka untuk membuli pelajar lain, malahan membantu pelajar lain menyelesaikan masalah mereka...



Makhluk2 jahat yang dipanggil pelesit telah muncul dari kegelapan. Pelesit-pelesit ini membunuh manusia untuk menunjukkan siapa yang layak menguasai bumi. Sekumpulan manusia yang mampu membunuh pelesit telah tampil dan bergabung untuk menentang makhluk tersebut. Perjuangan mereka kemudiannya diteruskan dengan penubuhan sebuah unit askar melawan pelesit. Mereka yang mampu membunuh pelesit ini digelar ahli sihir. Ditangan mereka terletaknya nasib manusia........





Banyak lg karya zint yg best tp yg nie je mampu aku tulis..hehehehehhe

No comments: